Sunday, September 16, 2007
Wednesday, August 15, 2007
Monday, July 30, 2007
Sejarah & Latarbelakang Sekolah

Sekolah ini mula diasaskan pada tahun 1952 oleh En. Yeop b. Lebai Salleh dan En. Odin b. Kulup Mat Ali. Kedua-dua pengasas sekolah ini adalah anak jati Kampung Sungai Jejawi, Teluk Intan, Perak. Sekolah ini telah dibina pada tahun 1952 secara gotong-royong. Bangunan pertama sekolah ini bertiangkan batang nibong dan beratapkan nipah.
Pada tahun 1981, 2 buah bangunan utama telah dirasmikan oleh YB Datuk Musa Hitam (Menteri Pelajaran
Dengan keluasan 7.2 hektar, SK. Sungai Jejawi mempunyai 495 orang murid bersama 34 orang guru, 3 staf sokongan, 2 pembantu pra sekolah dan 6 kakitangan swasta berada di bawah pentadbiran En. Alias bin Sali selaku Guru Besar. Sekolah ini mempunyai 16 buah kelas yang semuanya bersekolah sesi pagi.
SK. Sungai Jejawi terletak 38 km dari bandar Teluk Intan dan terletak dalam Daerah Hilir Perak. Sekolah ini berada 1km bersempadan dengan daerah Perak Tengah. Kawasan yang terdekat dengan sekolah ini ialah FELCRA Seberang Perak dan FELCRA Changkat Lada . Sekolah ini terletak dalam kawasan perkampungan yang dikelilingi sawah padi dan kelapa sawit. Kehijauan persekitaran kawasan keliling sekolah mewujudkan suasana nyaman yang mampu mewujudkan situasi tenang untuk proses pembelajaran dan pengajaran harian.
Majoriti penduduk kawasan Sungai Jejawi terdiri daripada petani yang mengusahakan tanaman padi sawah dan kelapa sawit dan kerja-kerja yang berasaskan pertanian. Kebanyakkannya terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
Sekarang SK.Sungai Jejawi ini mempunyai 4 blok bangunan yang menampung kelas-kelas dan bilik-bilik khas seperti Pusat Sumber Sekolah, Pejabat, Bilik Media, Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Muzik, Bilik Kaunseling dan Surau sekolah. Sekolah ini juga dilengkapi kemudahan makmal komputer yang menyediakan kemudahan SchoolNet kepada murid-murid.
Pengenalan

Kebelakangan ini, sukar untuk melihat pokok bunga raya di tanam di sekitar rumah sebagai perhiasan di halaman. Masyarakat lebih gemar untuk menanam pokok perhiasan yang lebih kecil memandangkan keadaan halaman yang kecil dan pokok perhiasan yang lebih cantik. Memandangakan kawasan sekitar SK Sungai Jejawi adalah kawasan kampung, rata-rata masyarakat mempunyai halaman yang luas, ahli jawatankuasa telah bersetuju untuk melaksanakan Projek Merdeka Raya ini bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan.
Program Merdeka Raya

Program Merdeka Raya ialah satu program menanam pokok bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan Malaysia. Program ini bertujuan untuk menambah koleksi bunga raya yang semakin kurang ditanam sebagai perhiasan halaman rumah masayarakat dewasa ini. Program ini dijalankan bersempena dengan sambutan 50 tahun kemerdekaan.
Program ini juga dijalankan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat setempat. Selain itu,program ini juga dapat menyemai perasaan sayangkan alam sekitar dan membantu mengindahkan lagi persekitaran sekolah dan rumah. Pemilihan tanaman bunga raya sebagai projek komuniti adalah kerana bunga raya merupakan bunga kebangsaan
Program ini melibatkan 50 keluarga di Kampung Sg Jejawi dan 50 keluarga di Kampung Sungai Kerang. Setiap keluarga akan diberikan 3 anak pokok untuk dibawa pulang dan ditanam di halaman rumah masing - masing. Sebanyak 500 anak pokok akan disemai terlebih dahulu di sekolah dan akan ditempatkan dan dijaga di tapak semaian sekolah. Anak pokok yang telah disemai akan diserahkan kepada penduduk Kampung sungai Jejawi dan penduduk Kampung sunagi Kerang pada satu majlis yang akan ditetapkan nanti. Pokok yang lebih akan ditanam di sekitar kawasan sekolah. Setiap keluarga yang menerima anak pokok tersebut akan diberikan satu papan tanda untuk di letakkan pada anak pokok yang ditanam di kawasan rumah mereka.
Fenomena pemanasan global yang menjadi isu hangat kebelakangan ini merupakan satu fenomena yang tidak boleh dipandang remeh dan perlu diambil tindakan segera untuk mengatasinya daripada terus berlaku. Oleh itu, projek ini diharap dapat menyumbangkan walaupun sedikit kepada persekitaran untuk mengatasi fenomena ini. (Tentang Fenomena Pemanasan Global)
Konsep & Sasaran
Konsep yang akan diperkenalkan ialah konsep Pokok Angkat. Setiap keluarga pelajar akan diberikan 3 pokok angkat yang telah siap disemai di dalam polybag. Setiap keluarga perlu menanam dan menjaga pokok tersebut di kawasan rumah masing – masing. Setiap keluarga juga akan diberikan papan tanda untuk diletakkan di tepi pokok yang telah di tanam.
SASARAN
Murid – murid SK Sungai Jejawi dan penduduk Kampung Sungai Jejawi, Kampung Sungai Kerang dan Kampung Ulu Dedap. Satu rumah menanam sekurang – kurangnya tiga pokok bunga raya.
Ahli Jawatankuasa
Puan Noor Asmahan Bt Mohd Sofian
Peserta
Mohd Azrul B Hassan
Noor Azira Bt Abd Hamid
Mohd Arif B Salleh
Shahidah Bt Musa
Ariyanto B Ibrahim
Noor Amalina Nabila bt Jamaluddin