Monday, July 30, 2007

Pengenalan

Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Di akhir pada tahun 1958 Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk pemilihan iaitu; bunga kenanga, bunga raya, bunga melur, bunga teratai, bunga mawar, bunga cempaka dan bunga tanjung. Bunga Raya telah diisytiharkan secara rasminya sebagai bunga kebangsaan pada 28/Julai/1960. (Tentang Bunga Raya)

Kebelakangan ini, sukar untuk melihat pokok bunga raya di tanam di sekitar rumah sebagai perhiasan di halaman. Masyarakat lebih gemar untuk menanam pokok perhiasan yang lebih kecil memandangkan keadaan halaman yang kecil dan pokok perhiasan yang lebih cantik. Memandangakan kawasan sekitar SK Sungai Jejawi adalah kawasan kampung, rata-rata masyarakat mempunyai halaman yang luas, ahli jawatankuasa telah bersetuju untuk melaksanakan Projek Merdeka Raya ini bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan.

No comments: