Monday, July 30, 2007

Program Merdeka Raya

Latarbelakang & Objektif Program Merdeka Raya

Program Merdeka Raya ialah satu program menanam pokok bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan Malaysia. Program ini bertujuan untuk menambah koleksi bunga raya yang semakin kurang ditanam sebagai perhiasan halaman rumah masayarakat dewasa ini. Program ini dijalankan bersempena dengan sambutan 50 tahun kemerdekaan.

Program ini juga dijalankan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat setempat. Selain itu,program ini juga dapat menyemai perasaan sayangkan alam sekitar dan membantu mengindahkan lagi persekitaran sekolah dan rumah. Pemilihan tanaman bunga raya sebagai projek komuniti adalah kerana bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia dan juga menyahut seruan kerajaan untuk menanam pokok bunga raya di sekolah. Penanaman pokok bunga raya ini juga dapat meningkatkan lagi semangat cintakan tanah air.

Program ini melibatkan 50 keluarga di Kampung Sg Jejawi dan 50 keluarga di Kampung Sungai Kerang. Setiap keluarga akan diberikan 3 anak pokok untuk dibawa pulang dan ditanam di halaman rumah masing - masing. Sebanyak 500 anak pokok akan disemai terlebih dahulu di sekolah dan akan ditempatkan dan dijaga di tapak semaian sekolah. Anak pokok yang telah disemai akan diserahkan kepada penduduk Kampung sungai Jejawi dan penduduk Kampung sunagi Kerang pada satu majlis yang akan ditetapkan nanti. Pokok yang lebih akan ditanam di sekitar kawasan sekolah. Setiap keluarga yang menerima anak pokok tersebut akan diberikan satu papan tanda untuk di letakkan pada anak pokok yang ditanam di kawasan rumah mereka.

Fenomena pemanasan global yang menjadi isu hangat kebelakangan ini merupakan satu fenomena yang tidak boleh dipandang remeh dan perlu diambil tindakan segera untuk mengatasinya daripada terus berlaku. Oleh itu, projek ini diharap dapat menyumbangkan walaupun sedikit kepada persekitaran untuk mengatasi fenomena ini. (Tentang Fenomena Pemanasan Global)

No comments: